Kenangan Pilihan Raya Kampus Universiti Malaya tahun 2007



Nota

PMIUM dan rakan-rakan pakatan Gagasan Mahasiswa Universiti Malaya (GMUM - nama lama bagi Pro M) tewas dalam PRK UM sejak tahun 2004 apabila pimpinan memutuskan untuk memboikot pilihanraya yang diadakan atas alasan penyelewengan dan sikap berat sebelah HEP.

Pada tahun 2005, hanya dua wakil PMIUM memenangi kerusi fakulti API iaitu saudara Nazree Yunus (kini Presiden GERAK) dan saudara Ashraf Hamdi.

Pada tahun 2006, PMIUM memenangi 3 kerusi fakulti melalui saudara Hilmi Ahmad (Pusat Sukan), saudara Shahir Ahmad Shah (API) dan saudara Syed Ahmad Faiz (API). Dua wakil Aspirasi iaitu Naim Rahim (SUA MPMUM) dan saudara Wan Al Amin (Exco Kerohanian) kemudiannya menyokong GMUM.

Pada tahun 2007, PMIUM berjaya memenangi 2 kerusi umum dan 7 kerusi fakulti.

Pada tahun 2009, PMIUM dan rakan-rakan pakatan Pro M memenangi 8 kerusi umum dan 11 kerusi fakulti sekaligus membentuk kabinet MPMUM.

Ulasan