21 November 2009

Keluarga


Walau sejauh mana pun kita berjalan,
apabila sampai suatu masanya, kita tetap akan pulang.

Saya merantau berjauhan dari keluarga seawal usia 11 tahun.
Menuntut ilmu dan kini mencari rezeki.

Kajang, Kuala Nerang, Lembah Pantai..
dan kini Petaling Jaya.

Hari-hari dilalui dengan hati yang tetap merindui,
Keluarga tercinta..

*Gambar berwarna hitam putih adalah ayahanda dan kanda saya yang sudah meninggalkan alam dunia. Al fatihah

09 November 2009

Makin Berisi?


...................(2004)............................(2009)...............

03 November 2009

SMAPian 2000 - 2004


Gambar pada tahun 2000.

Ada di kalangan kami yang telah kembali menemui Allah.

24 September 2009

Tetamu yang Sangat Diundang


Raya Kelima 24 September 2009

Menghabiskan masa dengan membutakan mata pada waktu pagi. Lena sekali sesudah menyakat Wan Kedah dengan mesej yang meraban. :)

Tengahari pula menerima kunjungan dari teman sejak sekolah rendah, Cik Nur Farhana Zulkafli dan adiknya Fauzul Fahmi.

Nur Farhana adalah kawan satu sekolah saya yang paling lama - 8 tahun! Semenjak darjah empat hingga tingkatan lima. Masa sekolah rendah dulu, dia selalu no 1 dan saya no 2. Aduuhaii..


(Kawan baik, Yusuf Abdul Rahman @ Usop @ Yus)

Pada waktu petang pula, Yusuf datang beraya. Yusuf juga salah seorang teman rapat semenjak darjah empat. Orangnya kelakar.

Apapun, terima kasih kerana sudi berkunjung.

23 September 2009

Kawan Lama

(Kawan baik masa darjah 2 hingga empat, Rozaidy.)

Raya Keempat, 23 September 2009

Bersama Paeh dan Mak Nong 'merayau-rayau' di area Sura dan Pekan Dungun, beraya di rumah teman-teman lama. Antara rumah yang dikunjungi adalah rumah Zeddy @ Rozaidy, kawan baik saya yang paling rapat semasa saya darjah 2 hingga darjah empat dulu.

Kami berpisah apabila saya berpindah ke kampung nenek saya sesudah arwah ayah meninggal. Selepas itu agak lama terputus hubungan.

Zeddy seorang yang sangat kreatif. Saya suka melihat hasil rekacipta dia yang unik. Seingat saya dia pernah mencipta basikal elektrik pada usia 9 tahun!

Pada usia itu, dialah teman borak, teman bermain dan teman gaduh-gaduh. Sungguh manis kenangan lama apabila diusik-usik.

(Paeh dan Mak Nong, kawan lama yang masih rapat)

22 September 2009

Beraya di rumah Cikgu

(Bergambar dengan Sir Ahmad, guru bahasa Inggeris masa sekolah rendah dulu)

(Dari kiri saya, Firdaus (Mak Nong), Fauzan, Sir, Fauzul dan Farhana)

(Sir Ahmad sedang merenung jauh ke hadapan, mengingat memori 10 tahun yang lalu)

Raya Ketiga (22 September 2009)

Petang tadi, saya bersama kawan sekolah rendah (Firdaus, Fauzan, Farhana dan Fauzul Fahmi - semua nama bermula dengan huruf F) berkesempatan beraya di rumah guru bahasa Inggeris kami masa sekolah rendah dulu - Sir Ahmad bin Ali.

Sir Ahmad yang kini bertugas sebagai pegawai di Pejabat Pendidikan Daerah Dungun (PPD Dungun) masih seperti dulu - segak, berdisiplin dan berkarisma.

Kali terakhir saya bersua dengan beliau adalah pada Oktober 1999 - beberapa hari selepas keputusan UPSR saya diumumkan.

Beliau adalah guru yang sangat komited membimbing kami agar mendapat A dalam subjek bahasa Inggeris UPSR. Jasa guru walaupun sudah bertahun lamanya tidak bertemu tetap diingati sehingga bila-bila.

p/s:kadang-kadang saya teringin juga untuk bergelar seorang 'Cikgu'..huhu~


Melawat Sekolah Lama

(Tembok pintu depan yang baru)

(Tembok pintu utama yang lama - zaman saya dulu)


Raya Ketiga (22 September 2009)

Petang tadi saya sempat menjenguk sekolah lama saya iaitu Sekolah Kebangsaan Durian Mentangau (SKDM - 1991 hingga 1997). Kebetulan saya menemani kakak saya, Kay yang dijemput ke kenduri kahwin kawan lamanya di kawasan itu.

Saya hadir sebagai orang asing - tiada siapa mengenali dan saya pun sudah tidak mengenali mereka. Ada cam juga dua tiga kawan lama, tapi mulut segan menyapa. Bimbang tersilap orang.

Sebelum pulang sempat bergambar di depan sekolah lama saya itu.

Lagu Raya (1430 Hijrah) Paling Best

Lagu Raya paling best untuk Syawal 1430 Hijrah. Terimalah Salam Aidilfitri Ayahanda dan Bonda daripada Raihan dan Hujan.
layaaannn...
zaasss..