Malam tadi saya sempat berbual dengan abang Zam.Topiknya macam biasalah.Bab-bab rumahtangga dan terselit sedikit tentang sastera Melayu.Tapi banyaknya tentang soal jodoh, pinangan dan bakal-bakal calonlah.
Ada satu cerita itu tentang kawannya, seorang teruna yang bakal melangsungkan perkahwinan dengan seorang awek Terengganu.Tapi bila hantar rombongan meminang, pihak laki-laki terus ubah fikiran untuk tidak teruskan hasrat itu.
Menurut abg Zam, alasannya cuma kerana pihak perempuan (terutamanya ahli keluarga perempuan) dilihat amat kasar seolah-olah kurang ajar.Terkejut juga saya.Bagi saya,aweks-aweks atau mak cik-mak cik Terengganu biasa saja.Macam rakyat negeri lain jugak :)
Nak kata kasar pun tidak.nak kata lembut lagilah tidak.Cuma peramah dan 'Gasang' sikit dalam percakapan mereka.Bagi orang yang tak biasa,memang lah nampak kasar.
Berbeza dengan orang Kelantan,gaya marah mereka pun nampak lembut.Tapi itulah budaya.Kita perlu faham keadaan dan waqi' tempat itu dahulu,baru kita muda memahami budaya mereka.
Saya sebenarnya nak ulas panjang lagi tentang soal ni.Tapi masa macam tak berapa nak cukup.Ada slide pembentangan yang nak disiapkan.
Ok lah jumpa lagi nanti. :)
sibuk..
14 beberapa jam yang lalu
6 Ulasan::
betol2...saye setuju pendapat anda...
kate aor, x kenal maka x cinta kan...
kite x patut membezakan org berdasarkan dari negeri mana asal mereka...
Salam abang hasbie.Saya bekas pelajar kmkn sesi 07/08.Saya sampai ke blog nie,dari blog http://shaikfarid.blogspot.com/.Saje bagi komen untuk eratkan hubungan antara bloggers...Memang betul apa yang abang hasbie cakap,len negeri,cara bertutur berbeza.Walaupun kadang-kadang nampak kasar,tapi dorang lansung tak berniat untuk berkasar.Saya harap abang leh bimbing saya dalam usaha saya untuk menjadi seorang blogger.
Salam..
betul,saya pun berminat jugak nak mengkaji gaya bertutur dan budaya pelbagai anak negeri y berbeza..
Pernah berkesempatan jd anak angkat bg 2 keluarga di kedah dan kelantan..cukup menarik..
n y lebih menarik kalo kita dapat tiru lohgat diorang..
amboi2, makin gatal ko nih..jangan bincang soal kawin kalu belum nak kawin, org cakap sembang kemah...memang betul pun, kalu nak nilai luaran sangat, memang tak kawin lah kita dengan org luar dari negeri asal (jauh perjalanan luas pemandangan)..nih kawin org belakang rumah je, jadi selalu lah tengok air car belakang rumang, memang tak berkembang otak kita...soal nak memahami ni, cara die kahwin jela, tak pun pergi turun tempat tuh dulu, ada kawan2 ke..manusia nih kalu nak sama, mati lah kehidupan, semua nak jadi doktor, sape nak tanam padi..waaaaahahahaha..k
kalu org tak pnah tgk org ganu ckp mmg diorg akan rasa kasar.
tp sbnarnye mmg itu cara diorg cakap..nk buat cmne kan ;)
ee...sape kata org ganu ni kasar...sumer dak wanita ganu yg ku kenal lembut2 jer..koma org negeri sndr pon xkenal..
Catat Ulasan