17 Mei 2008

Isu Pembuangan Pelajar Aktif di Kolej 10th

ADUAN PERTAMA

"Assalamualaikum..

Hari ini, 1 Mei 2008 (Khamis), pihak pentadbiran kolej 10 tlh mengeluarkan senarai nama penghuni kolej 10 (senior) yg layak utk menetap di kolej ini. Tetapi amat malang, kerana nama sy dan beberapa lagi yang aktif dlm program kolej khususnya sy di dalam JKP Balai Islam tidak mendapat tempat di Kolej 10 ini.

Di dalam keterlibatan saya di JKP Balai Islam semua ahli
mengetahui sehinggalah program yg terakhir anjuran JTK Kolej 10 sendiri dengan kerjasama Balai Islam..Tetapi sy amat terkejut apabila melihat bahawa markah merit sy 0...Sedangkan sy menjadi Pengarah Program..

Di mana penjelasan pihak JTK..Jadi sy berharap agar pihak MPMUM dapat mengatasi masalah ini dan sy akan beri kerjasama dlm sebarang penyelesaian terhadap
isu ini..Wassalam"

sumber:borang aduan www.mahasiswakini.com

ADUAN KEDUA

"Antara penglibatan seorang mahasiswa yang dibuang kolej:

1 ) Pengacara Majlis Gemilang Sepuluh ( 2008 )
2 ) AJK Publisiti Pesta Tanglung KKTAZ Universiti Malaya ( 2007 )
3 ) Pengacara Pesta Tanglung KKTAZ Universiti Malaya ( 2007 )
4 ) AJK Pengangkutan Lawatan Komuniti Cina Ke Langkawi ( 2007 )
5 ) Ketua Delegasi Puisi Festival Seni KKTAZ Universiti Malaya ( 2007 )
6 ) Pengurus Kempen Pilihan Raya Kampus Kolej 10 dan Calon Aspirasi APM - semua calon menang ( 2007 )
8) Wakil Kolej 10 Lawatan OKIM ke Kemboja ( 2007 ) - Wakil Ucapan Pengetua
9) Juara Debat Minggu Haluan Siswa Universiti Malaya dan mendapat Pendebat Terbaik Keseluruhan Pertandingan

( Ketua Pasukan )
10) Mewakili Pasukan Muda Utama UM ke Debat Diraja ( suku akhir ) - 2007
11) Mewakili Pasukan Utama UM ke Debat Perpaduan ( separuh akhir , juara liga , Ranking Pendebat 25 / 80 ) - 2007
12) Mewakili Pasukan Utama UM ke Debat Integriti Perdana 2008
( Juara liga , Johan Keseluruhan , Ranking Pendebat 28 / 166 )
13) Pengacara Majlis Malam Gemilang 10
14 ) Bersajak untuk Majlis Interaksi Senior dan Junior ( Ketua Persembahan )

Apakah sumbangan dan perkhidmatan pelajar kepada kolej tidak diiktiraf ? Apakah UM tidak menjaga kebajikan pelajar yang mengharumkan nama Universiti di peringkat kebangsaan ? Kolej daripada 150 orang pelajar cina kini hanya 16 yang dapat tinggal ? Di manakah keadilan ? Sudahlah apabila kita memenangi sesuatu pertandingan debat di luar 50% daripada jumlah wang kemenangan hendak disumbangkan kepada UM."

sumber:http://shenyeeaun.disagrees.net/

Ini antara aduan dan luahan ketidak-puashatian terhadap isu pembuangan kolej 10th.Saya tidak tahu apa penjelasan Pengetua kolej berkenaan, namun tindakan membuang pelajar yang aktif sudah tentu bertentangan dengan 'sistem merit' yang diamalkan sebelum ini.

Apapun,saya juga masih menantikan penjelasan mantan pemimpin kolej 10 termasuk Cik Arie Sakina yang disanjung-sanjung serta pimpinan JTK/JIK yang disokong sekian lama.Saya yakin mereka boleh menjelaskan.Lagipun mahasiswa yang dibuang kolej juga termasuk pendokong-pendokong kuat Aspirasi,penyokong kuat mereka.

Saya juga yakin pimpinan Aspirasi ada caranya untuk menyelesaikan masalah ini.Prinsip 'Tiada Demonstrasi ,Hanya Diplomasi' akan diamalkan oleh mereka.Saya harap pimpinan Aspirasi dapat buktikan keberkesanan prinsip yang mereka pegang.

Apapun, PMIUM dan Pro Mahasiswa akan tetap bertindak membela golongan tertindas yang dizalimi.


1 Ulasan::

kahfi8 berkata...

assalamu'alaikum..
sape yg kena buang? em leh add ym ana tak? kahfi_8@yahoo.com